Video & Gambar Saat-Saat Penunggang Ducati Maut, Putus kaki Kemalangan KM61.5 Kluang

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan membabitkan motosikal yang ditungganginya dengan sebuah kereta di Kilometer 61.5 Lebuhraya PLUS arah utara dekat Kluang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, mangsa Suhaizim Mohamed Noor, 34, sedang berkonvoi dari Johor Bahru menuju ke Ayer Hitam sebelum melanggar sebuah kereta dan terbabas ke pembahagi jalan.

Mangsa yang menunggang motosikal Ducati Monster 795 dilaporkan tercampak dan putus tangan serta pergelangan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Melalui perkongsian video oleh laman Facebook DailyTrafficReport turut mendedahkan punca penunggang motosikal tersebut tidak dapat mengelak daripada merempuh kereta itu yang menukar lorong secara tiba-tiba.











Difahamkan, kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terus memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum beredar membuat laporan polis.

Lihat Video:

video


Sumber tengoktvonline.blogspot.com

0 Response to "Video & Gambar Saat-Saat Penunggang Ducati Maut, Putus kaki Kemalangan KM61.5 Kluang"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.