Video Lalat ‘BOTFLIES’ Bertelur Dalam Telinga Manusia

Apa perasaan anda jika dapat tahu, ada hidupan lain ‘menumpang’ anggota badan anda dan menjadikannya sebagai sarang?

Memang ngeri kalau difikirkan tapi itulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila lalat masuk ke dalam telinganya lalu meninggalkan ratusan telur yang kemudian menetaskan ulat.

Kisah ngeri ini terbongkar selepas pemuda tersebut menemui Dr. Vikram Yadav yang merupakan seorang dermatologis di Faizabad, India setelah terdengar sesuatu bunyi di dalam telinganya.

Selepas menjalani pemeriksaan, Yadav memberitahu pesakitnya itu mengalami ‘aural myasis’, keadaan di mana telinga ataupun hidung seseorang individu dicemari dengan larva lalat.

Pesakit kebiasaannya akan mendengar seakan bunyi ‘dengung’ di kawasan yang tercemar  disusuli bau busuk yang keluar dari anggota tersebut.

Menurut Yadav lagi, ulat-ulat itu berkemungkinan memakan daging dalam telinga hingga menembusi bahagian otak hingga boleh membunuh pesakit jika dia tidak mendapatkan rawatan.

Bagi mengeluarkan kesemua larva berkenaan, Yadaz menjalankan prosedur melemaskan hidupan itu sebelum ia mulai muncul di bahagian luar telinga. Kemudian, alatan digunakan untuk mengeluarkan ulat-ulat tersebut.

Lagi VIDEO Video 46 Ekor ‘Botflies’ Dikeluarkan Dalam Badan Seekor Monyet

Justeru, buat anda di luar sana, silalah jaga kebersihan anggota tubuh sekerap mungkin. Jika tidak, mungkin  spesies serangga berminat nak jadikan anggota anda sebagai ‘wad bersalin’.

Lihat VIDEO Di bawah ini





Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Video Lalat ‘BOTFLIES’ Bertelur Dalam Telinga Manusia"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.