Zed Zaidi tidak puas hati kemenangan Aaron Aziz ABPBH13

Masihkah anda ingat dengan kontroversi yang pernah melanda Aaron Aziz dan Zed Zaidi satu ketika dahulu? Ketika itu Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 dan Zed Zaidi telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Twitter. Sebentar tadi, Aaron Aziz sekali lagi merangkul anugerah yang sama dan membuatkan orang ramai ternanti-nanti reaksi Zed Zaidi.
zed zaidi

Nampak gayanya Zed Zaidi tidak menghampakan penantian orang ramai dengan memberikan reaksi yang seolah-olah menggambarkan kekecewaan dirinya atas kemenangan Aaron Aziz. Tulis Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya:-



Walaupun tidak menyebut sebarang nama, rasanya ramai boleh menjangkakan apakah yang dimaksudkan oleh “cerita lama” itu. Secara jujur, admin tak paham apa yang Zed Zaidi tak puas hati sangat dengan Aaron Aziz. Walaupun berasal dari Singapura, Aaron Aziz berlakon di Malaysia dan mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh. 

Kemenangan Aaron membuktikan rakyat Malaysia juga mengakui bakat, kerajinan dan usaha keras yang ditunjukkan olehnya. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Sumber beautifulnara.com

0 Response to "Zed Zaidi tidak puas hati kemenangan Aaron Aziz ABPBH13"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.