VIDEO: Awek honda city langgar 2 peragut di Kingfisher Sabah

Sebuah kejadian ragut berlaku pada petang tadi di Kingfisher Park, Kota Kinabalu, Sabah. Apa yang menarik mengenai kes ragut ini adalah tindakan seorang pemandu yang prihatin menyaksikan kejadian itu dengan segera mengejar dan melanggar motosikal peragut terbabit.

Akibatnya, kedua-dua suspek terbabas di bahu jalan. Orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian dengan segera menghulurkan bantuan dan menangkap dua suspek itu dengan membelasah mereka secukup-cukupnya sebelum diserahkan kepada pihak polis.



Menurut sumber, mangsa ragut adalah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah. Taman Kingfisher menjadi pilihan bagi pelajar UMS untuk mencari rumah sewa berikutan jaraknya dengan UMS adalah dekat.

Tindakan pemilik Honda City yang sanggup mengorbankan keretanya semata-mata untuk menangkap suspek itu seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat agar sama-sama membanteras jenayah di kawasan setempat.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com


0 Response to "VIDEO: Awek honda city langgar 2 peragut di Kingfisher Sabah"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.