Bukan Najib Tapi Sultan Yang Arah Ahmad Said Turun Segera?

Kecoh senario politik negara apabila bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said bertindak keluar dari Umno dan mengumumkan dirinya kini wakil rakyat bebas yang tidak berpaksikan mana-mana parti.

Secara terus terang, Ahmad Said membayangkan keputusan itu dipengaruhi perasaan tidak puas hati apabila Perdana Menteri dikatakan tidak mahu bertolak ansur apabila beliau meminta agar perletakan jawatannya ditangguh selepas majlis kenduri kahwin anaknya 17 Mei ini.

“Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai kenduri.

“PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya,” kata Ahmad Said ketika menerangkan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas kepada sebuah portal berita.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang mendakwa tahu apa berlaku di sebalik kemelut ini memberitahu di laman Facebook Saya Sayang Tun Dr Mahathir, PM tidak boleh dipersalahkan kerana arahan sebenarnya datang daripada Sultan Terengganu.



Katanya berdasarkan maklumat dalaman yang diketahuinya, pertukaran segera ini dilakukan kerana sultan sudah muak dengan penipuan yang berlaku selama ini. Justeru, tindakan Najib ini umpama membuang barah dalam Umno.







Pada masa sama, pengguna Facebook ini mendakwa semua kemelut yang berlaku selepas Ahmad Said tidak lagi bergelar MB sudah diatur sekaligus menampakkan belangnya yang sanggup menggadai amanah rakyat Terengganu kerana hal peribadi.







Sumber mynewshub.my

0 Response to "Bukan Najib Tapi Sultan Yang Arah Ahmad Said Turun Segera?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.