Cicak Dalam Botol Kicap Berjenama

Menerusi laman sosial pada 26 Mei 2014 lalu, beberapa pengguna telah berkongsi dua foto kicap manis jenama terkemuka yang mengandungi cicak mati. 



Jika dilihat foto yang dikongsikan bersama, ianya memang cukup meloyakan tekak kita.

Namun begitu, seorang pengguna juga blogger berkongsi kisah cicak dalam botol kicap ini. Menurut portal tersebut, hasil kajian dr pihak kilang kicap sendiri mendapati bangkai cicak akan mereput selepas 9 hari terendam dalam kicap.. bermakna sifat dan jasad cicak tu dah tak sempurna sedangkan di dalam gambar menunjukkan sifat cicak yang masih lagi sempurna. Di bawah merupakan hasil kajian dari kilang kicap tersebut...

Eksperimen hari pertama,cicak dimasukkan kedalam botol ujikaji


Cicak kelihatan terapung di bahagian atas botol kicap


Keadaan fizikal cicak selepas 9 hari dalam rendaman kicap - mula menampakkan rangka cicak.


Keadaan fizikal selepas 14 hari dalam rendaman kicap menampakkan kedutan, lembik dan sifatnya tidak sempurna.

Tempoh selepas pengilangan, pengedaran sehingga ditempatkan di kedai runcit adalah lebih kurang 30 hari. Jadi dalam tempoh tersebut sepatutnya yang sampai kepada pengguna ialah bangkai cicak reput....bukannya cicak yang fizikalnya masih mantap seperti gambar diatas.

Kajian diatas dibuat oleh sebuah makmal yang diiktiraf oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) Jabatan Standard Malaysia iaitu Depco United Sdn Bhd, SAMM No. Rujukan 099 untuk mengendalikan proses ujikaji ke atas 21 ekor cicak yang direndam dalam kicap.

sumber kezoom.blogspot.com

0 Response to "Cicak Dalam Botol Kicap Berjenama"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.