Politk TERENGGANU: Ahmad Said Sengaja Edar Kad Jemputan Perkahwinan 17 Mei

Susulan tindakan Datuk Seri Ahmad Said keluar dari Umno dan membawa bersama dua wakil rakyat lain bersamanya apabila tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu, ia merisikokan kedudukan parti di negeri tersebut.

Tindakan ini dianggap satu perbuatan mementingkan diri kerana meletakkan kepentingan peribadi berbanding perjuangan politik.

Walaupun ada yang menganggap Ahmad Said tidak boleh dipersalahkan kerana dia berhak untuk marah apabila tempoh perletakan jawatannya tidak diberi tolak ansur walaupun cuma untuk beberapa hari, terdapat dakwaan menyatakan beliau sebenarnya sudah lama ‘diberi muka’.

Berikut adalah kenyataan mempertikaikan kewajaran tindakan Ahmad Said yang kini disebarkan di media sosial:

Selepas PRU13 Dato Sri Ahmad Said telah mengakui beliau gagal membawa UMNO Terengganu. Malah laporan dari seluruh bahagian pelbagai peringkat di Terengganu meminta agar Ahmad Said berundur. Satu perjanjian telah dimohon oleh Ahmad Said agar YAB PM memberikan beliau setahun tempoh bagi menguruskan beberapa pekara sebelum meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Pekara ini telah pun dimaklumkan kepada Duli Tuanku Sultan Terengganu sejak setahun yang lepas dan mendapat perkenan Tuanku. Apabila cukup tempoh setahun yang dipersetujui oleh Ahamd Said kepada Duli Tuanku Sultan dan YAB PM beliau enggan berundur dan memungkiri janji untuk berundur dari jawatan Menteri Besar.

Untuk makluman majlis pernikahan anak Ahmad Said telah berlangsung pada minggu lalu. Ahmad Said dengan sengaja mengedarkan kad jemputan perkahwinan anak beliau pada 17 Mei ini semata mata mahu mendapatkan simpati ahli UMNO dan juga rakyat sedangkan beliau tahu tempoh beliau memegang jawatan Menteri besar akan tamat pada 12 Mei 2014 mengikut perjanjian yang telah dimeterai.

YAB PM Dato Sri Najib telah melakukan yang terbaik bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional negeri Terengganu kekal relevan. Tindakan untuk menukarkan Ahmad Said bukan satu tindakan yang terburu-buru kerana ia sepatutnya telah berlaku setahun lalu. Namun atas tanggungjawab dan keperihatinan YAB PM beliau mempersetujui permohonan setahun yang diminta sendiri oleh Ahmad Said.

Jelas pada kita semua, bahawa tindakan Ahmad Said adalah amat tidak wajar dan tidak seharusnya berlaku. Beliau juga seharusnya sedar bagaimana kedudukan beliau memegang jawatan Menteri Besar setelah Idris Jusoh disingkirkan selepas PRU12. Jadi hari ini ia berbalik kepada prinsip perjuangan parti atau pun jawatan. Ahmad Said sewajarnya mejelaskan pekara sebenar kepada rakyat.

Jika Idris Jusoh ditolak sebagai Menteri Besar kerana tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan bagaimana pula kali ini apabila Tuanku Sultan perkenan YB Raziff sebagai Menteri Besar?

Dato Sri Najib Razak bukan seorang yang semberono ataupun kejam. Ahmad Said sewajarnya mengikuti contoh tauladan bekas MB Terdahulu Idris Jusof yang tetap setia bersama parti UMNO walaupun tersingkir dari jawatan Menteri Besar.  Apa yang dilakukan YAB PM adalah untuk kebaikan seluruh rakyat negeri Terengganu, UMNO dan Malaysia.

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Politk TERENGGANU: Ahmad Said Sengaja Edar Kad Jemputan Perkahwinan 17 Mei"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.