COMEL: Guru pakai seragam sekolah sempena Hari Guru

SUNGAI BULOH -Cuba buat lain dari yang lain, semua guru Sekolah Rendah Sungai Buloh seramai 102 orang memakai pakaian seragam sekolah rendah sempena menyambut Hari Guru hari ini.

Lebih menarik lagi, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Sungai Buloh, Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah serta Klinik Kesihatan Sungai Buloh turut hadir ke sekolah bagi memeriahkan sambutan.


Guru-guru Sekolah Rendah Sungai Buloh yang memakai pakaian segaram sekolah mengangkat tangan melafazkan ikrar di hadapan murid-murid mereka. Gambar: NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Guru Besar sekolah tersebut, Lim Siew Bian berkata, ini adalah kali pertama sambutan Hari Guru dibuat penuh meriah dengan guru-gurunya sekali memakai pakaian seragam.

“Lucu juga sebab semua nampak sama hari ini. Murid-murid pun tak habis-habis mengusik guru-guru.

“Idea untuk membuat kelainan ini adalah hasil perbincangan semua guru pada satu mesyuarat sambutan yang diadakan sebelum ini,” katanya.

Tambahnya, sambutan Hari Guru tahun ini adalah yang paling meriah pernah disambut di sekolah ini.

Sumber http://www.siakapkeli.com/

0 Response to "COMEL: Guru pakai seragam sekolah sempena Hari Guru"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.