Makhluk Halus bernama Shasha Mengganggu Kakitangan Di Hospital Putrajaya

Hospital Putrajaya berhantu? Benarkah dakwaan ini? difahamkan sebuah hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam. Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita wanita  berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN). Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?

Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.

Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.



Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.

Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.

Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran. -

Sumber kisahbest.my

8 Responses to "Makhluk Halus bernama Shasha Mengganggu Kakitangan Di Hospital Putrajaya"

  1. Kena betu-betul tabah...klu duk kat hospital putrajaya nie..

    ReplyDelete
  2. Ampey juak kacak nama antu ya....

    ReplyDelete
  3. knpe cerita ni mcm trgantung aj ha?

    ReplyDelete
  4. de kemungkinan gak de kna mngena dgn tapak asal ...
    walallahualam

    ReplyDelete
  5. Pernah isteri saya masuk wad. Masa tu tengah malam. Ada atandant lelaki masuk ke bilik tapi di berdiri kat tingkap tak bergerak-gerak. pastu hilang. seram woo

    ReplyDelete
  6. Ada antu ke di bulan puasa nih..??...???....????

    ReplyDelete
  7. In sha Allah jika masih berlarutan minta hubungi saya untuk membantu juga. Kerana mungkin tempat itu dahulunya kawasan (mereka) jadi mereka nk kemana kalau tak dipindahkn. Jgan khianati mereka kerana mereka juga hamba ciptaan Allah(kaum jin).

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.