Sedikit Teguran Sharnaaz Untuk Shila Amzah

Menerusi portal blog sensasi hotlips-yuya.blogspot.com mengatakan
Bekas kekasih Shila Amzah, Sharnaaz telah memberi nasihat dan teguran kepada Shila ekoran pergaduhan dengan media di Malaysia.

Sharnaaz berkata dia juga sering ditanya wartawan tentang hal Shila walaupun sudah tidak mempunyai hubungan.

Ini kata Sharnaaz Ahmad:

Apa saya boleh cakap, satu sahaja, berbaik-baiklah. Kita ni sama-sama, saya pun dengan media tak ada masalah. Dia (selebriti dan media) saling memerlukan. Why not kita sama-sama saling membantu.

Macam apa yang dia cakap ada betul, apa yang media cakap pun betul. Selama ni media yang banyak cover dia di Malaysia sebelum dia ke China. Apa yang dia katakan pun ada betul dan salahnya juga. At least, kita bincang elok-eloklah. Sebab tu saya cakap bahaya laman sosial ni. Sebab orang akan salah anggap. So, why not kita jumpa berdepan, selesai elok-elok.

Saya sendiri mengaku dulu saya pernah buat salah. Kita manusia memang tak lari dari salah. Tapi, saya berani mengaku kesilapan saya.

Saya harap orang-orang yang melakukan kesilapan, berani mengaku kesilapan diorang dan berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego, orang lagi respect dan sayang kita.

Sharnaaz kini sedang bahagia dengan kekasih baru yang cantik jelita.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

0 Response to "Sedikit Teguran Sharnaaz Untuk Shila Amzah"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.