Penampakan Hantu Dalam Drama Popular Korea, The Greatest Love

Satu kelibat hantu muncul dalam adegan sebuah siri drama yang sedang popular pada bulan Mei lalu di Korea, The Greatest Love. Semula, tak banyak orang yang memerhatikan, namun saat netizens memperbesar adegan tersebut, maka kelihatan kemunculan hantu itu.

Hantu itu nampak seperti perempuan dengan rambut panjang yang muncul sekilas, dan kemudian menghilang di balik tiang yang berada di belakang Dok Go Jin, watak utama lelaki yang dilakonkan oleh Cha Seung Won.


Adegan menakutkan tersebut ada dalam episod 8 siri drama yang ditayangkan oleh stesen TV, MBC. Penonton dan netizens berkeras bahawa kelibat yang nampak hanya kepala tersebut adalah hantu, lantaran muncul di ketinggian yang tak mungkin dijangkau oleh manusia biasa.


Namun sepertinya akibat kemunculan makhluk tersebut, mulai episod ke-7, atau yang tayang pada 25 Mei 2011 lalu, drama ini sempat berada di rating teratas di Korea Selatan.

Namun, apakah semua fenomena hantu yang dijumpai dalam industri hiburan Korea tersebut benar atau tidak, semua kembali ke pendapat masing-masing. Hanya saja, makhluk kasat mata tersebut memang ada, dan hanya sebahagian orang yang boleh melihat serta merasakannya.

Sumber unikversiti.blogspot.com

0 Response to "Penampakan Hantu Dalam Drama Popular Korea, The Greatest Love"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.