Rumahtangga Raja Azmi Bergolak Membawa Haluan Sendiri

Sekitar Oktober 2013 lalu, perkahwinan Raja Azmi dan Mohd Eddie Ghazali mendapat perhatian ramai peminat selepas kisah percintaan mereka menjadi perbualan sepanjang tahun. Namun langit tidak cerah lama buat pasangan ini apabila ada berita kurang senang didengari.

Bercakap kepada portal Murai hari ini, Raja Azmi mengakui yang beliau dan suaminya itu sudah sebulan tidak tinggal bersama kerana terjadi salah faham antara mereka selain turut mengakui masing masing kini lebih senang membawa haluan sendiri.

“Apa yang boleh saya katakan buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami. Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut”

“Biarlah ia menjadi rahsia peribadi. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing. Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,“ ujar Raja Azmi berkaitan isu ini.

Dalam temubual yang sama, Raja Azmi turut berkata yang beliau sedih dengan apa yang sedang berlaku kini dan sebolehnya tidak mahu penceraian terjadi namun jika ianya tidak dapat dielakkan, beliau reda dengan semua ketentuan Tuhan.

“Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda,“ tambahnya lagi.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

0 Response to "Rumahtangga Raja Azmi Bergolak Membawa Haluan Sendiri"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.