Muzik Video Pengalaman Hidup Soo Wincci Bercinta dengan Gay

PENYANYI berketurunan Cina, Soo Wincci mengakui dia mengambil serba sedikit kisah hidup sebenarnya untuk dimuatkan dalam muzik video lagu nyanyiannya, Not Brave.

Muzik video berdurasi lima minit itu  mendapat kritikan di blog-blog hiburan negara ini apabila memaparkan adegan hubungan sejenis pasangan lelaki atau gay.

Dalam pada itu, Soo Wincci turut mengakui muzik video tersebut juga merupakan kisah pengalaman sebenar yang pernah dilaluinya beberapa tahun lalu.

Dia pernah merasai pengalaman jatuh cinta dengan seorang lelaki yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Muzik video itu juga sedikit sebanyak bercerita tentang kisah hidup saya beberapa tahun lalu di mana saya telah jatuh cinta dengan seorang lelaki gay.

"Ketika itu memang terlalu sakit hati kerana orang ketiga kami ialah seorang lelaki bukannya perempuan, saya tidak pernah menceritakan perkara ini pada orang lain kerana saya tahu orang akan cakap saya bodoh," 
Tambah Soo Winci, peristiwa itu juga membuatkan dia sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki buat masa ini.

"Saya tahu di Malaysia ia agak sensitif bila berkaitan dengan homoseksual, namun di Taiwan ia tidak menjadi masalah kerana masyarakat di sana lebih terbuka seperti di Amerika Syarikat," katanya. dipetik daripada www.mstar.com.my



Sumber www.mstar.com.my

0 Response to "Muzik Video Pengalaman Hidup Soo Wincci Bercinta dengan Gay"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.