Saloma Biopic Memalukan Keturunan Saloma- Cucu Saloma

Menerusi portal sensasi www.ohbulan.com mendakwa Saloma Biopic Didakwa Memalukan Keturunan Sendiri. Sejelas Mana Fakta Biduanita Lagenda Ini Perlu Didedahkan?
filem Saloma Biopic yang telahpun ditayangkan di saluran Astro First Ekslusif sejak minggu lepas? ramai yang suka dengan filem arahan Melissa Saila ni.

lakonan Nabila Huda sebagai Saloma betul-betul hidup. Nabila berjaya membawakan watak Saloma dari muda hingga ke akhir hayat dengan baik.

Sejak ditayangkan 28 Ogos yang lalu, filem ini seringkali trending di laman sosial Twitter tau. Hmm, walaupun dah lebih seminggu ditayangkan, masih ramai yang dok bercakap tentang filem ini.



Tapi, dalam ramai yang memuji, ada khabar kurang enak yang kami terima. Dengar cerita ada pihak mengatakan Saloma Biopic beri gambaran negatif dan tak tepat. Eh, betul ke?

Daripada pemerhatian kami, filem ini berjaya memberikan gambaran terbaik mengenai biduanita lagenda itu, tetapi ternyata masih ada pihak yang tak berpuas hati. Bukan orang lain, tetapi waris kepada Biduanita Negara ini sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, cucu kepada Saloma iaitu Arzanee Armalie mendakwa imej keluarganya tercalar dek kerana fakta cerita yang tak tepat mengenai satu babak yang ada didalamnya.

Katanya, filem itu seolah-olah memperbodohkan keturunan Saloma termasuk bapanya Armalie Arman Ramli apabila menayangkan watak tidak benar membabitkan penagih dadah. Hmmmmm. 



Secara jujurnya, kami masih tertanya-tanya apakah yang tak betul dalam filem tersebut. Iyalah, Melissa selaku pengarah merupakan anak saudara Saloma sendiri iaitu anak kepada kakaknya, Seniwati Mariani.

Kenapa ya agaknya? Takkanlah, kakak Saloma sendiri tidak menapis filem ini terlebih dahulu supaya tidak menampakkan apa-apa unsur negatif. Betul tak?



Apapun masalah yang timbul, kami harap Melissa dan Arzanee dapat menyelesaikan perkara ini. Namun, dari sudut pandang kami, filem ini tetap best dan ada class yang tersendiri.

Bagi yang belum berkesempatan untuk menonton Saloma Biopic,  langgan Astro First Ekslusif. Bagi yang sudah menonton, teruskan meyokong filem sebegini. 

Sumber www.ohbulan.com

1 Response to "Saloma Biopic Memalukan Keturunan Saloma- Cucu Saloma"

Note: only a member of this blog may post a comment.