VIDEO: Powerbank boleh Mengecas Bateri Kereta?

Sebelum ini kami pernah paparkan Yellow Jacket, powerbank yang merangkap pengecas peranti pintar dan perenjat elektrik.

Kami juga ada paparkan powerbank yang berfungsi sebagai pengecas dan pembersih telefon bimbit pada masa yang sama.

Tetapi, hari ini kami rasa kami telah menemui raja segala powerbank yang diberi nama Jumpr.



Powerbank berkapasiti 6000 mAh ini bukan sahaja mampu mengecas kesemua peranti pintar mudah alih anda, tetapi juga mampu menghidupkan semula kereta apabila baterinya mati.

Paling menakjubkan, produk ini mempunyai saiz yang kecil (panjang 5.5?) dan mudah dibawa kemana-mana.

Ianya juga hanya seberat 198 gram dan lebih ringan dari sebuah Xperia Z Ultra.

Jumpr dibangunkan oleh JunoPower yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut mereka, Jumpr mampu menghidupkan semula kereta dengan 4 ataupun 6 injap tanpa sebarang masalah.

Ia juga turut mempunyai lampu suluh LED terbina yang boleh digunakan ketika kecemasan pada waktu malam.

Jumpr bakal memasuki pasaran bulan hadapan pada harga USD70 (RM226).

Sumber http://mynewshub.my/

0 Response to "VIDEO: Powerbank boleh Mengecas Bateri Kereta?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.