Baca: Ngeri…Pasangan Suami-Isteri Hancur Digilis Lori
Sekelip mata sahaja, lima anak mereka yang masih kecil dan bersekolah bergelar yatim piatu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Cheras – Loke Yew itu.
Mengimbas kembali tragedi itu, motosikal yang dinaiki Jefri dan Noorsalawati terbabas sebelum kedua-duanya tercampak dan digilis lori dari arah belakang.
Malangnya, lori tersebut tidak berhenti, sebaliknya terus meninggalkan tempat kejadian.
Sementara salah seorang ahli keluarga, Syuheney Zaini berkata, mereka semua terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
” Apa pun yang penting sekarang, kami semua para waris akan berkumpul dan berbincang mengenai masa depan kelima-lima anak ini terutama dari segi persekolahan dan tempat tinggal mereka selepas ini.
” Terima kasih juga pada mereka yang sudi menghulurkan sumbangan dan kami akan pastikan ia dapat disalurkan terus kepada anak-anak ini demi masa depan mereka,” katanya.
Sumber mynewshub
0 Response to "Kemalangan Ngeri. Lima Beradik Kini Yatim Piatu Sekelip Mata"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.