Gagal selamatkan rumah tangga, abby abadi failkan perceraian esok

Nampaknya keretakan rumah tangga Abby Abadi dengan Farhan tidak dapat diselamatkan lagi bilamana Abby akan memfailkan perceraiannya Khamis (esok) ini.

Lapor akhbar online mStar, Abby, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Farhan, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada jam 9 pagi esok.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand sehari sebelum Ramadan.

Sebelum ini, Abby melalui Instagramnya pernah memberikan pertunjuk kepada peminatnya agar mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

0 Response to "Gagal selamatkan rumah tangga, abby abadi failkan perceraian esok"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.