Adlin Tak Gembira Dengan Perkahwinan Mak Mah?

JIKA anda menonton program Melodi minggu lalu, anda mungkin perasan sebaris ayat yang dikeluarkan oleh pelakon Adlin Aman Ramlie sewaktu diminta mengulas mengenai perkahwinan ibunya, Ruminah Sidek atau Mak Mah, 68, dengan Al-Fatah Rahim, 70.

Kata-kata Adlin itu berbunyi lebih kurang, ‘suami baru mak, bukan ayah baru sangat’ ketika merujuk kepada Al-Fatah.

Justeru, ramai yang membuat kesimpulan bahawa pelakon itu tidak gembira dengan perkahwinan ibunya buat kali keempat itu.

Bagaimanapun, menerusi GUA, Mak Mah menjelaskan tiada apa yang perlu diperbesar-besarkan mengenai perkara itu.

“Memang perkataan itu tak seharusnya begitu, namun mungkin disebabkan dia seorang komentar, jadi ayat dia begitu. Namun, pada dia, perkataan macam itu adalah biasa saja. Saya tak terguris pun dengan kata-katanya itu,” ujarnya.

Sejujurnya, kami tidak rasa Adlin tidak merestui perkahwinan ibunya kerana dia pernah mengakui bahawa mereka sekeluarga gembira dengan keputusan ibunya itu.

Mungkin kata-katanya lebih kepada maksud tiada siapa yang boleh menggantikan ayah kandung mereka, namun tidak bermakna dia tidak menerima Al-Fatah, betul tak?

Sumber mynewshub.my

0 Response to "Adlin Tak Gembira Dengan Perkahwinan Mak Mah?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.