VIDEO: Farhan masih muda & tidak matang, punca keretakan rumah tangga abby abadi

Sebelum ini, Abby kerap memberi pertunjuk kecil melalui Instagramnya akan permasalahan rumah tangganya. Abby pada masa itu meminta agar peminat mendoakan yang terbaik untuk rumah tangganya dengan Farhan.

Namun, semalam digemparkan pula dengan berita Abby dan Farhan akan hadir ke mahkamah untuk perbicaraan mengenai kesahihan lafaz cerai yang dijatuhkan oleh Farhan melalui sms di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada jam 9 pagi tadi.



Selesai perbicaraan di mahkamah, Abby yang ditemui oleh wartawan di perkarangan mahkamah menjelaskan punca perceraian adalah kerana Farhan masih muda dan tidak matang.

Dalam masa yang sama, Abby mengakui Farhan seorang lelaki yang baik akan tetapi mungkin Farhan lambat matang berikutan dengan persekitaran Farhan yang dilihat tidak membantu dirinya untuk memahami tanggungjawab seorang suami yang sepatutnya.

Abby juga mengaku bahawa dia sendiri gagal menyelamatkan rumah tangganya itu.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

0 Response to "VIDEO: Farhan masih muda & tidak matang, punca keretakan rumah tangga abby abadi"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.