Simian Line atau Garis Lurus Tapak Tangan

simian line? apa tu? simian line ini ialah syndrome yang berlaku kepada sesetengah individu dan boleh dikatakan berlaku hanya 1% daripada 1000 kelahiran.. ianya berkait rapat dengan genetik ibu dan bapa.. mereka yang digelar simian liner ini, memiliki garis lurus di tapak tangan dan tidak sama seperti orang lain.. ada juga simian liner yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka memiliki tapak tangan biasa.. jadi punca berlakunya simian line masih belum diketahui dari segi saintifik..







aku juga adalah simian liner dalam erti kata lain, tapak tangan aku juga lurus dan tidak sama seperti kawan-kawan aku yang lain.. masa zaman aku sekolah dulu.. ada seorang ustaz ni sedang melakukan kajian mengenai simian liner ni dan dia mencari pelajar yang bergaris lurus seperti aku.. akhirnya ustaz itu berjaya menemui aku dan 3 orang rakan aku yang lain (4 orang ja tapak tangan garis lurus di sekolah aku dulu)

ramai orang cakap simian liner ni kalau tempeleng orang, boleh mati terus.. ahaha.. aku tak pasti pasal tu.. tapi ustaz aku bagitau kebanyakan pemimpin-pemimpin islam zaman dahulu juga tapak tangan bergaris lurus pada masa yang sama berjiwa kepimpinan, kuat keazaman dan juga mati berdarah.. ini bukan ramalan tapak tangan.. tapi sekadar pemerhatian yang dibuat ke atas pemilik-pemilik tapak tangan bergaris lurus..

sebelum ni aku tak tau apa yang orang gelar tapak tangan garis lurus ni dari segi saintifik tapi lepas google baru aku tau pemilik tapak tangan lurus ni digelar simian liner.. kalau korang nak tau lebih lanjut pasal simian liner ni boleh google ja "simian line".. diantara individu terkemuka bertapak tangan garis lurus ini ialah muhammad ali, tony blair, robert de neiro, mozart, hillary clinton, dan mahatma gandhi..di malaysia pula diantara individu terkemuka memiliki simian line ini ialah suami kepada perdana menteri kita iaitu BIK MAMA.. kah kah kah

Sumber http://tubelawak.blogspot.com/

0 Response to "Simian Line atau Garis Lurus Tapak Tangan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.