Go To Hell, Aku Rompak Duit Bapak Kau Ke - Chef Wan

Nampaknya Chef Wan telah mengamuk lagi di laman instagram setelah dihentam beberapa follower.

Lama tak dengar berita selebriti chef paling popular, Chef Wan ni kan? Kali terakhir kami dengar kisah dia melawak tentang penemuan pintu kapal terbang MAS.

Selepas kes tersebut, belum ada lagi kontroversi yang dicetuskan oleh chef terkemuka ini. Malah, kami tengok bukan main seronok lagi Chef Wan bercuti sana sini.

kami terbaca status Chef Wan yang seolah-olah sedang bengang. Hah! Dah kenapa pula ni?




Memetik status tersebut, Chef Wan sebenarnya menempelak haters-haters yang banyak memberikan komen negatif terhadap dirinya. Amboiii, marah betul siap cakap ‘go to hell with your opinion’!

Difahamkan, sebelum ini ada pengikut Instagran Chef Wan yang mengatakan Chef Wan sengaja ingin menunjuk-nunjuk kekayaan yang dimiliki.

Tapi sebenarnya, Chef Wan menunjukkan sebuah kedai di Chiang Mai sebagai guideline bagi sesiapa yang ingin bercuti ke sana dan membeli belah. Itu pun dilakukan setelah ramai yang bertanya. 

Maka, tak hairanlah kalau Chef Wan naik angin dengan tuduhan-tuduhan tak berasas begitu kan? Ada benarnya kata Chef Wan, dia yang kerja setengah mati mencari rezeki halal, orang lain nak sentap apasal?

Biasalah, adat jadi selebriti ada yang menyokong kita, ada yang tidak. Well, haters gonna hate. Tak gitu?

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Go To Hell, Aku Rompak Duit Bapak Kau Ke - Chef Wan"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.