AF2014 : Wak Doyok Kena Hentam Kerana Firman

Dengar cerita, ada yang lagi ‘panas’ daripada penyingkiran malam tadi. Fuh! Nampaknya peminat-peminat tegar pelajar dari Sabah, Firman betul-betul bengang dengan Wak Doyok.

Ceritanya begini, ketika persembahan trio Ewal, Zarif dan Azwan, Wak Doyok telah membuat penampilan istimewa dan memberikan hadiah khas daripada The Garment Movement.

Tetapi, hadiah tersebut hanya diberikan kepada empat pelajar lelaki kecuali Firman. Kami pun tertanya-tanya mengapa Firman tak dapat hadiah yang sama. Motif? Kalau nak beri hadiah pun berilah kepada semua kan?

Dek kerana insiden inilah ramai peminat mengecam tindakan Wak Doyok. Iyalah, rasanya semua dah tahu bahawa Firman bukan datang dari keluarga yang berada.

Jadi apabila berlaku perkara sebegini, penonton menganggap seperti ada ketidakadilan berlaku kepada Firman. Hmmm. Lapor www.ohbulan.com



Namun, sebenarnya, ia hanyalah gimik semata-mata. Menurut Wak Doyok, dia akan kembali dan memberikan kejutan buat Firman dalam diari AF akan datang.

Kita sebenarnya nak buat gimik. Saya ada buat spot check di rumah mereka. Di antara semua, ada sesuatu yang menyentuh hati iaitu Firman. Kita buat special untuk Firman, bukan di sini, tapi dalam akademi nanti.

Sebelum ini saya dah agak ia akan mengundang kemarahan orang. Tapi produser nak macam ni. Peminat Firman jangan ambil hati. Jujurnya, saya ada sediakan sesuatu untuk Firman. Nak tahu apa, kenalah tunggu.

Oooo, gimik rupanya. Bak kata Wak Doyok, #Orangbuatgimmickakuyangkena haha! Sabarlah Wak Doyok.

Sumber www.ohbulan.com

0 Response to "AF2014 : Wak Doyok Kena Hentam Kerana Firman"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.