Kisah Jihad Seorang Gay Melawan Nafsu

Lelaki yang mendakwa dirinya seorang gay secara sek-sualnya lebih tertarik dan menyukai seorang lelaki lain. Bagi mereka, perasaan sek-sual terhadap lelaki itu adalah normal dan semulajadi. Perasaan ini mula terbentuk semenjak zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga keperingkat dewasa.

Walaupun terdapat lelaki gay yang turut tertarik kepada perempuan, biasanya perasaan sek-sual terhadap lelaki lebih dominant dan bermakna kepada mereka. Rasa untuk berkomitment dan menyayangi antara satu dengan lain sama dengan pasangan heterose-xual. Mereka suka hidup bersama dan membina kehidupan yang terjamin.

Tiada siapa yang benar-banar faham mengapa sebahagian kita menjadi gay. Ada yang mengatakan gay adalah kesan dari salah didikan semasa kanak-kanak. Sebahagian yang lain mengatakan menjadi gay adalah disebabkan oleh gene itu sendiri. Apa pula pendapat anda ?

Biasanya mereka akan menegur lelaki idaman mereka seperti:
‘Hi’
‘Boleh berkenalan?’
‘Besar badan abang, geram saya tengok’
‘bang, nak peluk’
Bayangkan ayat daripada seorang lelaki kepada lelaki. Saya sendiri nak muntah bila dengar. Kenapa mereka ini tidak tertarik pada perempuan? Bukankah perempuan itu sesuatu yang indah, dengan bentuk badan seperti gitar, dengan lekuk-lekuknya dan sebagainya yang indah pada wanita.

Artikle ditulis oleh * Abdul Naser Abdul Rahman tokoh pendakwah Perak.

Chee Keong Mempelawa Abdul Naser Abdul Rahman hendak berjumpa di restoran mewah. dan tidak dibenarkan untuk membawa sesiapa pun ketika berjumpa. Perjumpaan Chee Keong ini untuk meminta nasihat khas.

“JIHAD yang paling besar bagi saya ialah jihad semasa solat berjemaah.” Inilah kenyataan yang paling mengejutkan saya. Ia datang daripada seorang insan Gay yang berbangsa Cina. Nama samarannya ialah Chee Keong.

“Bagi Xifu, merapatkan saf semasa solat jemaah akan menambah khusyuk lagi. Bagi saya, ia mencabar keimanan saya, khasnya apabila bahu saya tersentuh bahu seorang jejaka yang kacak. Nafsu syahwat saya naik membara! Saya tak mampu nak solat Jumaat lagi! Saya amat terseksa,” kata Chee Keong.

“Naik nafsu se-ks semasa solat berjemaah? Saya tak faham. Kalau lelaki rapatkan saf dengan perempuan, barulah tak khusyuk,” saya keliru.

“Ini kerana Xifu adalah straight. Dari segi perasaan, saya masih gay walaupun saya telah peluk Islam lima tahun yang lalu!” Chee Keong mengaku. Chee Keong tidak lagi terlibat dengan homose-ks.

Saya terkejut dengan pengakuan Chee Keong kerana tiada tanda gay langsung pada diri Chee Keong. Dia adalah lelaki yang gagah berani. Tiada sifat sotong! Selama lima tahun saya kenalnya, dia adalah seorang yang tekun belajar agama. Tidak memandang perempuan.

Belum berkahwin walaupun sudah berumur 33 tahun.

Tetapi pengakuannya amat memeranjatkan saya. “Apa yang buat you naik nafsu syahwat semasa solat jemaah?” saya tanya.

“Saya sangat bernafsu pada telapak kaki lelaki muda kacak. Bayangkan apabila mereka ambil wuduk dan bayangkan apabila sujud!” Chee Keong makin nampakkan kesedihannya.

“Xifu, I am proud to be a Muslim. Tapi ujian ALLAH SWT ini terlalu berat bagi saya.” Chee Keong dah hampir tidak dapat menahan air matanya.

“Saya kenal ramai gadis muda, cun dan bijak. Saya boleh rekomen jadi isteri. Kahwinlah cepat! Nikah dalam Islam itu amat mudah sahaja,” saya berusaha memberi semangat kepadanya.

“Xifu, saya dah berusaha bernafsu pada perempuan. Bahkan saya cuba tengok ramai perempuan yang hot dan sek-si di shopping kompleks. Saya tak rasa apa-apa pun. Macam tengok kayu! Saya hanya bernafsu pada yang rata dadanya!” sindir Chee Keong. Saya faham
bahawa ‘yang rata dadanya’ di sini merujuk kepada lelaki.

“Bagaimana Chee Keong boleh terjebak sampai ke tahap ini?” saya tanya.

“Saya dinodai oleh pakcik semasa umur enam tahun. Kemudian oleh ketua pengawas sekolah. Tiada halal haram kerana saya bukan Muslim. Memang ada Muslim yang gay juga tetapi mereka pun berperangai seperti bukan Muslim. Saya masih muda. Saya hanya pengikut.
Akhirnya, semua girlfriends saya adalah lelaki kacak sama ada Cina atau Melayu,” kata Chee Keong penuh kesalan.

“Chee Keong, ada sebuah institusi Islam berkata bahawa ia berjaya menyembuhkan gay setelah mereka menjalani kem sembuh gay untuk beberapa hari. Kalau kamu menyertai kem ini, kamu akan jumpa semua peserta seperti kamu. Ini akan bagi motivasi bagi kamu untuk sembuh.” saya cuba bagi jalan.

Chee Keong tergelak besar tiba-tiba. “Xifu, kem ini gagal sebenarnya. Penganjur itu straight. Manalah mereka faham psikologi gay. Bila mereka kumpulkan gay, mereka membuka jalan untuk gay berjumpa dan tukar nombor telefon! Ia akan jadi gay club!”

Tiba-tiba, saya terasa diri saya sangat jahil dalam dakwah, khususnya dalam aspek ini. Betul kata Chee Keong. Saya melihat dari perspektif straight. Chee Keong bukan transgender. Dia lelaki yang inginkan lelaki. Dia tidak bernafsu pada transgender. Dia hendak ‘yang rata dadanya’.

Sebagai seorang tokoh pendakwah, saya gagal. Terlalu banyak perkara yang saya tidak faham. Saya sangat kecewa dengan diri saya. Tetapi saya berusaha menjadi pendengar yang baik.

“Xifu, setiap kali saya dengar hayya alal falaah pada azan, ia memberi motivasi pada saya. Saya tidak akan berkahwin supaya tidak menganiaya perempuan. Setiap hari saya merasai al-falah, kemenangan kerana setiap hari saya berjihad melawan nafsu saya walaupun semasa solat berjemaah!”

Abdul Naser Abdul Rahman tokoh pendakwah Perak

0 Response to "Kisah Jihad Seorang Gay Melawan Nafsu"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.