Filem Skinhead Ophilia Kini Trending

Pengarah sinematografi terkenal dan kini pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mengambil risiko besar dalam mengangkat budaya skinhead ke layar perak walaupun dia sebenarnya tahu persepsi umum tentang golongan ini.

Pekin Ibrahim, Que Haidar, Vanida Imran, Zizan Nin dan ramai lagi. filem ini juga menampilkan bintang baru, Kodi Rasheed sebagai watak utama.

Geng skinhead sering dikaitkan dengan isu negatif seperti salah laku dan mengganggu keharmonian di kalangan masyarakat. Disebabkan perkara itu, pasti usaha pengarah filem Ophilia ini akan menerima tempiasnya dan membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa skinhead dipilih Raja Mukhriz.



"Saya ambil skinhead dan jadikan ia sebagai latar cerita bukan kerana mahu kontroversi atau apa-apa. Saya tahu, apabila sebut saja skinhead, ramai yang mengenalinya sebagai budaya kuning dan negatif. Tetapi ikatan persahabatan yang utuh itu nyata tidak mengenal siapa sebenarnya kita.

“Saya membesar sewaktu budaya skinhead tengah popular sekitar lewat tahun 1980-an dan 1990-an. Selain rock, banyak lagi sub budaya yang menjadi ikutan anak muda ketika itu termasuk punk dan heavy metal. Saya lihat mereka ini united dan mempunyai nilai setiakawan yang tinggi.



"Ketika itu saya lebih kepada 'underground' dan walaupun saya bukan sebahagian pengikut skinhead tetapi benda begitu depan mata saya. Jadi saya pilih sub budaya yang dekat dengan jiwa saya apabila berkarya," katanya.

Mengulas lanjut beberapa babak pergaduhan dan dialog yang menggunaan bahasa kasar, Raja Mukhriz menyatakan semasa menghasilkan filem ini dia tidak terlalu memikirkan soal sensitivi sebaliknya hanya menjalankan penggambaran seperti yang dimahukannya tetapi tetap akur apabila ada beberapa babak dipotong Lembaga Penafisan Filem (LPF).


OPHILIA .. Bkn sebuah filem skinhead yg terapkan Isu perkauman .. Ini sebuah filem Kemanusian .. Persahabatan , atas premis skinhead .. Dan semua skinhead perlu meraikan filem Ini .. Ini utk korang .. Support ! -Pekin Ibrahim

"Apa yang saya tahu, merakamkan mengikut jalan cerita, skrip dan apa yang saya mahu buat. Soal bahasa yang digunapakai dalam dialog pun saya tidak fikirkan sangat dan jika ada pemotongan, kita bersedia dan terima.

"Namun, selepas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) tengok, hanya ada dua pemotongan tetapi ia tidak menjejaskan jalan cerita filem ini yang mendapat klasifikasi P13", katanya yang turut mengarahkan filem Tujuh.

Ophilia Bawa Kisah Disebalik Asal Usul Skinhead



“Ramai tidak tahu 90 peratus daripada mereka yang menggemari dan mengamalkan budaya popular ini adalah golongan pekerja yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara.

‘Skinhead’ antara sub budaya hebat yang berkembang dalam masyarakat tempatan. Pandangan negatif ‘skinhead’ membawa fahaman Nazi dan perkauman juga tidak benar.

Mereka yang membuat tang­gapan sedemikian sebenarnya tidak faham, sedangkan ia lebih mementingkan semangat setia kawan.” – Raja Mukhriz

Sinopsis Ophilia, filem Skinhead Malaysia

Filem Ophilia mengisahkan tiga sahabat, Uji (Pekin), Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup skinhead, bertembung dengan Ophilia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.

Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophilia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Kuala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu.

Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.

Mungkinkah filem ini bakal memberikan nafas baru terhadap industri filem Malaysia yang agak sendu kutipannya tahun ini? Kita Nantikan

0 Response to "Filem Skinhead Ophilia Kini Trending"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.