Saat menyayat hati itu dimaklumkan oleh seorang pengguna Social Media Facebook yang merupakan antara orang yang terawal tiba di tempat kejadian dan sempat cuba membantu memadam kebakaran serta mengeluarkan mangsa.
Individu prihatin dengan nama akaun Social Media Facebook SuperYan Ahmad dalam satu ruangan komen di sebuah laman Facebook yang turut berkongsi video kesedihan mangsa Muhammad Yusriman, 23, yang begitu sedih ketika menelefon bapanya memaklumkan ibunya sudah meninggal dunia.
“Saya berada di tempat kejadian, berlaku depan mata, lori dengan kegagalan brek menghentam kereta mereka dari belakang sampai terbakar.
Menurut SuperYan, mangsa yang meninggal dunia merupakan dua orang penumpang yang duduk di belakang kereta Proton Saga BLM berkenaan kerana kereta mereka remu dihempap tayar lori selepas Accident
“Tayar lori itu betul-betul penyekkan kereta mereka, yang selamat pemandu, penumpang hadapan dan adik kecil mereka, saya pertama sampai dan nampak adik kecil minta tolong dan api mula marak,” katanya.
Dia kata, beberapa buah lori dan bas yang melalui laluan itu terpaksa ditahan untuk meminta alat pemadam api dan air mineral untuk memadamkan kebakaran seterusnya menyelamatkan mangsa Accident
Apapun, keprihatinan seperti pengguna ini begitu layak dipuji dan penjelasan mengenai apa yang terjadi dapat membuatkan kita faham apa yang berlaku dalam kejadian Accident sebenarnya.
Sumber mynewshub.cc
0 Response to "Saksi Ditempat Kejadian Kemalangan Maut Terowong Menora"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.