Gambar Hiasan
Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di ibu negara yang menemui mayat seorang bayi semalam berkata mayat itu masih berbau harum biarpun ditutupi sampah.Mayat bayi itu ditemui pada pukul 9.30 pagi semalam, memetik laporan Harian Metro.
Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Santa, 40-an, mengetahui kejadian itu selepas diberitahu oleh penghuni kediaman mewah itu.
Penghuni berkenaan terjumpa mayat bayi lelaki itu ketika mahu membuang bungkusan sampah ke dalam tong berkenaan.
“Saya segera membuka tong sampah itu sebelum menemui mayat bayi yang baru dilahirkan.
“Anehnya saya tidak menghidu bau busuk sebaik pembuka tong sampah itu dibuka. Sebaliknya mayat bayi itu berbau harum walaupun sudah mati dalam tempoh lebih 24 jam,” katanya.
Sumber suarainsan.net
0 Response to "Mayat Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Berbau Wangi"
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.