Neelofa Dituduh Ciplak Tudung Rekaan Pereka Muda

Selepas berhijrah mengenakan hijab, Neelofa telah muncul dengan tudung berjenama Naelofa.


Tak dapat dinafikan populariti dan keayuan Neelofa mengenakan tudung jenamanya sendiri ini telah membuatkan perniagaan barunya mendapat sambutan hangat.
Tup-tup kecoh dalam kalangan pereka fesyen tanahair, Neelofa sebenarnya melakukan plagiat dengan mengambil idea pereka lain sebelum melabel tudung dengan jenamanya sendiri.

Pihak yang menjadi mangsa adalah pereka muda lulusan Rekaan Fesyen UiTM, Zharin Hariz yang terlebih dahulu mempunyai butik tudung berjenama Sastra Hijabs.
Perkara ini disahkan menerusi screen capture yang kami ambil di laman Facebook Zharin Hariz:

Berdasarkan status ini, Zharin mendakwa rekaannya ditiru bulat-bulat selepas tudung jenama Sastra Hijabs dibeli oleh keluarga Neelofa lalu diperkenalkan kepadanya.

Kawan-kawan Zharin turut sakit hati bila mengetahui perkara ini dan mengkritik Neelofa kerana melakukan plagiat.


Kawan-kawan Zharin turut menyarankan supaya dia mengambil tindakan undang-undang untuk membela haknya.

Sementara itu di forum Cari.com, gosip berkaitan perkara ini menunjukkan bukti lebih kukuh menerusi salinan status pemilik Sastra Hijabs di laman Instagram (gambar atas sekali).

Zharin Hariz memuat naik status ini kerana kecewa selepas tegurannya terhadap isu plagiat bukan sahaja tak dilayan oleh Neelofa malah akaunnya diblok selepas komennya dipadam.



Bapa Zharin Hariz yang dimaklumkan hal ini turut bengang dan memahami kekecewaan anaknya lalu bertindak menegur Neelofa di Facebook Naelofar hijab:




Apa pun, semua ini berlaku disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan pereka negara tentang kepentingan mempatenkan rekaan masing-masing.
Tak kiralah rekaan fesyen, lirik dan melodi lagu, skrip dan sebagainya kita harus sedar kepentingan paten untuk memastikan tidak jadi mangsa plagiat.


Pun begitu bagi pihak yang melakukan plagiat kalau pun terselamat daripada tindakan undang-undang kerana kealpaan pereka asal, mereka patut berasa malu dan insaf.
Hal ini kerana mereka sebenarnya telah menganiaya orang lain yang bersengkang mata memikirkan idea sebelum mereka senang-senang  saja tiru dan kaut keuntungan mudah daripadanya.

Sumber mynewshub.cc

0 Response to "Neelofa Dituduh Ciplak Tudung Rekaan Pereka Muda"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.