Kes Curi Telefon Bimbit: Aliff Aziz Mangsa Keadaan?

Selebriti yang berasal dari Singapura ini sememangnya famous di Malaysia dengan pelbagai kontroversi yang melanda. Ada sahaja yang bikin namanya ‘panas’. - Lapor www.ohbulan.com

 Aliff mengatakan bahawa dia cuba untuk membina imej diri yang lebih bersih selepas ini.

Namun, kami agak terkejut apabila membaca laporan Utusan yang mengatakan bahawa Aliff Aziz kini dilarang keluar dari Singapura kerana pasportnya ditahan pihak berkuasa negaranya atas tuduhan mencuri telefon bimbit.


Bagaimanapun menurut laporan tersebut lagi, Aliff sebenarnya menjadi mangsa keadaan dek kerana terlalu percaya dengan rakannya.

Namun, kes ini masih lagi dalam siasatan dan pihak pengurusan Aliff di Malaysia masih lagi mengambil sikap berdiam diri mengenai perkara ini.

Erm.. setahu kami, kalau berkaitan dengan soal pasport ni memang tak boleh buat main walaupun hanya melibatkan kes-kes kecil. Apapun, kita tunggu jelah apa keputusan pihak berkuasa Singapura mengenai kes ini.

sumber www.ohbulan.com

0 Response to "Kes Curi Telefon Bimbit: Aliff Aziz Mangsa Keadaan?"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.