Kerana Dendam Budak 3 Tahun Dibunuh Di Beaufort

BEAUFORT: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengakui menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan. Suspek kemudian mencampak mangsa ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu. 

Hasil siasatan awal mendapati, dendam terhadap terhadap keluarga mangsa menjadi punca suspek yang berusia 30 tahun itu bertindak sedemikian pada Jumaat lalu termasuk mencampak mangsa ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, 7 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan yang menyayat hati dan mengembung selepas 56 jam kehilangannya dilaporkan. 

Suspek mendedahkan, mangsa kerap mengejeknya sebelum ini sehingga menyebab lelaki itu berang dan bertindak menyerang mangsa. 

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sumber mymediahubonline.blogspot.com

0 Response to "Kerana Dendam Budak 3 Tahun Dibunuh Di Beaufort"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.