Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia. Bapak mertua dan polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.
"Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"
Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk tanya apa hal. Kemudian ustaz berkata tak apa kalau isteri nak memandikan jenazah suami.
Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan jenazah suaminya. Dengan tenang, isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kita di akhirat nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata, "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak. Moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, moga Allah beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Ya Allah.. menitis airmata baca kisah ini. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.
Sumber suarainsan.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terjemahan kepada tulisan Tun Mahathir bertajuk “The Security of Israel” dari blog chedet. cc
ReplyDelete