Tidak Cukup? Gaji Ibu Remaja OKU, Berpendapatan RM2,327.81

Bos kepada Lola, 40, ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah, 15, mendedahkan gaji dan pendapatan yang diterima oleh Lola.

Bos tersebut juga memberitahu Puan Lola tidak pernah menceritakan kesempitan hidupnya jika tidak mungkin bantuan boleh dihulurkan.

Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja.

Ini kata-kata Ahmad Reza kepada Metro::
“Kami terkejut apabila membaca kisah anaknya itu tersiar kerana dia tidak pernah berkongsi masalahnya dengan pihak syarikat atau Kesatuan Pekerja-pekerja BAC yang amat mementingkan kebajikan pekerja dan ahlinya.

“Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,”

Keadaan Muhammad Firdaus yang kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dilaporkan stabil dan semakin pulih.

Sumber http://hotlips-yuya.blogspot.com/

0 Response to "Tidak Cukup? Gaji Ibu Remaja OKU, Berpendapatan RM2,327.81"

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.