PDRM sila tangkap budak mencabar POLIS ini

Polis Diraja Malaysia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan pihak yang menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter untuk menghina serta menghasut dan mereka akan diambil tindakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar dalam tweetnya berkata, sudah tiada maaf lagi untuk mereka.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa jua yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina/mengutuk dan menghasut. Tunggu tindakan PDRM,” katanya dalam twitter sebelum ini.


Kemungkinan pihak polis boleh memburu pemilik Facebook ini yang begitu kurang ajar mencabar polis.

Ini budak sanggup mencabar serta mengugut polis untuk datang dan menahannya.

Dia juga turut mencabar orang Islam untuk makan babi kerana banyak merungut harga daging mahal.

“Melayu, harga makanan u naik, Jadi? Jika daging mahal, beli daging babi kerana rasanya sama. Tidak perlu halal, orang Melayu hanya bising seperti bayi,” kata budak biadap ini dengan nama akaun Facebook Ivan Yeo.

Status biadap itu dimuatnaik olehnya yang juga dipercayai mungkin seorang daripada ahli PPS yang kini ada yang masih diburu oleh polis.

“Anda mahu mayat anda dibungkus dalam beg mayat? Saya tak kisah jika PDRM (polis) menangkap dan mengugut orang kita di Penang (Pulau Pinang) hari ini, kerana JaDee Dee melindungi saya, JaDe Dee tidak boleh dihalang,” kata si mulut kurang ajar, Ah Beng ni.


Tidak diketahui bola status akaun Facebook dia dikemaskini, ada satu komennya yang mencabar sesiapa sahaja yang mahu datang dan menumbuknya, kerana mereka berada di sekitar pusat membeli-belah Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Nampaknya si Ah Beng ni begitu yakin dengan kekebalan individu yang bernama JaDee Dee itu yang mungkin juga seorang ahli kongsi gelap yang berpengaruh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar sebelum ini di akaun twitternya mendedahkan beberapa akaun twitter yang digunakan pemiliknya untuk menyerang pihak PDRM dan dirinya sendiri.


Ada juga di antara mereka yang menggelarkan Abdul Khalid sebagai ‘anjing Barisan Nasional (BN)’ di laman sosial itu.

Abdul Khalid turut meminta mereka yang terlibat dengan PPS agar segera menyerah diri kepada polis atau pihak PDRM akan mula menyerbu kediaman

Sumber mynewshub.cc

1 Response to "PDRM sila tangkap budak mencabar POLIS ini"

Note: only a member of this blog may post a comment.